Saturday, August 20, 2011

Mari kenali...UPNM

salam semua...
berjogging-jogging ke blog orang lain adalah satu perbuatan yang murni..dan menjadi silent reader adalah satu perkara yang hebat..haha..dan hasilnya.. sorang blogger telah story pasal universiti dia...so, terdetiklah dihati aku yang suci sesuci minyak masak seri murni sungguh suci sungguh murni nih untuk story pasal universiti aku pulak...(aku memang suka amik idea orang..teruk..)

sebelum masuk dengan lebih dalam lagi, korang kena tau apa itu UPNM... Universiti Pertahanan Nasional Malaysia... yup, bukan nak kerek laa..tapi nak tunjukkan rasa takbur dan bongkak nya bahawa universiti aku ada askar..hahaha... (macam laa universiti lain takde..heh..)

UPNM mempunyai dua jenis status pelajar iaitu pelajar kadet dan pelajar awam..ok, disini akan aku ceritakan perbezaan yang nyata tentang dua jenis status tersebut...

Pelajar Kadet:
- lebih dikenali dalam kalangan askar sebagai Pegawai Kadet
- diorang nie 100% askar tak kesah la tentera darat, laut, udara..diorang memang bukan orang awam lagi...diorang adalah askar.. 
- diorang juga dah tak pakai dah IC biru tu..tapi da tukar ke IC tentera.. (uiyoo..askar btol nihh...)
- menerima elaun/gaji sebanyak RM1000 lebey sebulan..seperti yang digebang-gebangkan oleh masyarakat setempat..
- hidup diorang adalah hidup tentera, so..jangan laa expect yang diorang boleh hidup macam pelajar awam normal yang lain...(jahat gila ayat aku...)

uiyoo..akak askar siott...

Pelajar Awam: (yang ni aku..hehe)
- lebih dikenali sebagai Pegawai Kadet Palapes dan budak awam dalam kalangan manusia dalam universiti tu sendiri..(sebab kitorang budak awam..haha)
- lifestyle macam student universiti awam yang lain..cuma ada gaya askar-askar sikit dalam diri tu..hehe
- IC biru masih lagi digunakan..tapi, kad tentera simpanan juga kitorang ada gak...
- terpaksa menggunakan pinjaman or biasiswa sebab tak ditaja macam kadet..
- tak dapat gaji macam kadet..tapi kitorang dapat elaun latihan PALAPES 4 hengget sejam..
- hidup macam budak universiti lain gak...dun worry..just military training tu diwajibkan laa...

brader yg kat tgah2 tu mcm aku pnah nmpk je...

ok, tu perbezaan yang nyata...ada gak perbezaan yang lain..malas je nak tulis..haha..sekarang nie persamaan antara pelajar kadet dan pelajar awam akan diceritakan di bawah... 

- semua student adalah student UPNM
- diwajibkan memakai uniform yang diwartakan ke kuliah mahupun ke kelas-kelas akademik..(whoaa..??!! macam budak sekolah tu... waddefaakk!!)
- belajar dalam kelas,dewan,library yang sama tanpa ada unsur diskriminasi status di sini..
- belajar subjek yang sama dalam satu bangunan mengikut course dan subjek yang diambil juga tiada unsur diskriminasi status disini...
- sama-sama rasa military life..
- dan lain-lain lagi...(hehe...)

UPNM ni special sikit..sebab nak masuk universiti ni kena interview segala bagai semua dulu.. macam UPSI laa..tapi, ni interview nak jadik askar..bukan cikgu..haha... so, sape yang dah berangan nak masuk askar..boleh laa mencuba nasib... haha...

battle of the band-1st convo.. (mos bersama gita n ejat dengan gaya tersendiri..)
naseb korang le muke msok dlm blog aku..haha...

kampus...

ok..itu saja story ringkas pasal UPNM...lau nak lagi detail..search laa kat internet... macam biasa... dan, gambar di atas aku amik kat google je...
                                                                                                      

2 comments:

  1. fwah best2x...1st time dgr pasal upnm..

    sat2x...ramai ke dak pmpuan yg masuk situ?

    kira after keluar semua jd askar ea?

    ReplyDelete
  2. haha...tak semua jadik askar.. yang student awam.. kluar carik keje sendiri laa.. hehe
    btw..tq sebab baca..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...