Saturday, December 24, 2011




salam semua...

blogging...memang agak lama aku tak jengah kat laman yang semakin glamer nihh...
dan juga, memang bersawang jugaklah blog aku yang sangat noob nihh... haha

semester 1 tahun pertama degree... itu yang aku hadap sepanjang 1 semester nihh... sangat-sangat menyerabutkan kepala... tak tau apa sebenarnya yang aku buat sepanjang aku ada kat sem 1 nihh...

program teknologi maritim... satu program yang agak peymes kat U aku... program yang menjanjikan kerja bergaji beribu-riban (bila dapat naik kapal laa...) program yang kebanyakan pelajarnya hanya memakai baju berwarna putih dari atas sampai bawah,... program yang mempunyai nilai maruah diri yang kononnya sangat tinggi...program yang...argghh....

persetankan itu sume..cewaahhh... haha... 
point yang sebenarnya ingin aku sampaikan disini adalah aku masih tak tau masa depan aku yang sebenar kat sini...aku masih mencari-cari arah tujuan..mencari cita-cita yang masih kabur... mencari makna erti hidup yang seakan-akan kelam... mencari... ok, cukup lah menggebangkan diri...

hanyalah luahan perasaan setelah lama sangat tak ber-blogging... 

entry ini sangat hambar.. terima kasih kepada sesiapa yang sudi membacanya... :-)

Friday, November 11, 2011

11-11-11

Assalamualaikum...

11-11-11..satu tarikh yang sangat style, spesel, menarik, tertarik, unik, hebat, dan pelik... 
tarikh ni juga yang membuatkan ramai remaja-remaja yang maseh berada dalam nafsu muda-mudi mereka untuk declare couple, untuk tunang, untuk kahwin, nikah, untuk break up dengan couple masing-masing dan macam-macam lagi lahh..

tapi tarikh 11-11-11 ni lah yang memberikan banyak erti pada diriku...
bukan sebab aku akan, ber-couple pada hari ni, bkn sebab aku akan tunang mahupun kahwin pada hari ni...
bukan juga aku akan ..aku akan.... aku akan...

yaa, tarikh ini adalah dimana tarikh aku lahir...11 November diulang semula tarikhnya pada tahun 2011 menjadikan 11-11-11 yang sangat unik, menarik tertarik kau memang da bomb..

yaaa, HAPPY BIRTHDAY KEPADA AKU!!!!...



dan aku sedar aku dah lama x update blog nihh... bilik ostel kat u aku x dpt wifi r der... sorry...*alasan

Wednesday, September 21, 2011

Perlu ke Couple Ketika Belajar....??

 Salam semua…

Couple… satu topik yang aku tak berapa minat nak tulis, sebab dah biasa dan agak basi.. tapi, malam ini, secara tiba-tiba dengan selamba badaknya aku tulis juga tentang topik couple nih… untuk lagi jelas, maksud couple dalam entry aku nih adalah, berkasih sayang antara sesama manusia sambil mencurahkan rasa cinta yang berbuku dalam diri terhadap pasangannya… (walaweii…sehmat giler definisi aku..haha)

konsep couple dalam entry aku kali nih, adalah konsep couple antara muda-mudi yang masih belajar macam aku, start diorang bergelar remaja yang menyarung baju putih hijau dan putih biru sampailah diorang yang pergi ke bangunan akademik dengan memakai t-shirt dan jeans saja…

Aku pernah merasai betapa nikmatnya couple dan juga merasai betapa bengangnya break  dengan awek.. kalau aku tak ada experience macam tu, aku tak kan menulis disini…hehe… memang best couple, tapi dalam kepala aku sentiasa fikir, adakah kita couple2 nih, betul-betul sampai kahwin?? Ke habis belajar, putus terus??? Di sini timbul persoalan… di sini jugalah bermulanya persoalan yang menunjukkan anda seorang yang serius atau tidak dalam sesuatu perhubungan…

Chat kat fb, telefon awek/balak, belanja awek/balak macam-macam, dating sana sini dan macam-macam lagi… semua ni memang standard orang ber-couple especially remaja macam aku nih, bukan aku nak condemn ke jealous ke tak puas hati ke hape.. tak kisah sebenarnya pun, cuma bila benda ni berlaku kat depan mata, tak kisah lah diri sendiri or orang lain, mesti aku terfikir benda-benda yang kita buat masa kita couple nih boleh bertahan sampai kita kahwin ke?? Kekal ke kita dengan pasangan sampai kahwin?? Sampai ada anak, cucu?? Sampai mati?? Terutama time kita couple waktu tengah belajar nih…

kadang-kadang tu terfikir juga pasal manusia yang asyik bertukar-tukar pasangan nih.. maybe, tempat baru orang baru, intake baru orang baru..part ni aku tak berapa kisah sangat, Cuma yang memusykilkan aku ialah, hari ni putus, hari ni juga lah couple dengan orang lain… tak kan lah kesunyian sampai tahap macam tu sekali… umur masih muda, enjoy your life laa kawan… dah macam hidup ni perlukan teman mahram semata-mata je.. mana pergi mak,ayah, abang,adik,family, kawan-kawan semua tu?? Apa guna diorang…??

persoalan disini, perlu ke kita couple time belajar?? Dan aku menjawab tak perlu kot… sebab, banyak lagi benda kita boleh buat selain daripada melayan perasaan cintan dengan orang lain yang belum tentu kekal sampai bila-bila… lebih baik kahwin daripada couple lama-lama, sebab bila dah jadik laki bini gaduh2 pun tak kan nak mintak cerai ye dak?? Kalau couple, anytime boleh putus…  haa, kat situ kita boleh berfikir secara tak professionalnya..hehe

well, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza tentang couple nih..lain orang lain caranya, ye dak?? Maybe apa yang aku bebelkan dalam entry tak berapa betul dan mungkin hanya sebahagian saja yang jadik macam nih, tapi kebiasaannya inilah yang berlaku… ini, pendapat aku, dan kemungkinan besar mungkin pendapat aku akan berubah pada masa akan datang mengikut keadaan dan suasana.. bukan sebab aku tiada pendirian, tapi otak dan pemikiran manusia sentiasa berkembang dan berfikir serta boleh berubah cara berfikir dari semasa ke semasa…ini adalah pendapat aku berdasarkan apa yang aku Nampak dan rasa melalui pandangan empat mata aku..tak salah ber-couple, Cuma adakah ketika ber-couple kita meletakkan soalan-soalan diatas dan berfikir..???







Monday, September 19, 2011

Tegur Menegur Amalan Mulia...

Salam semua...

entry kali ni tentang tegur-menegur di kalangan manusia sejagat... entry kali ni bukan untuk meng-explain cara menegur member yang terserempak di tepi jalan mahupun menegur jiran sebelah, tapi maksud menegur disini adalah menegur orang yang seperti melakukan kesalahan...

ok untuk lebih jelas, aku akan story sikit ape yang berlaku sebenarnya..jeng jeng jeng...

Minggu orientasi memang akan berlaku kepada semua makhluk bernama mahasiswa yang baru menjejakkan kaki ke bumi yang bernama universiti... walaupun aku dah memang sah terang-tang tang lulusan asasi universiti tu, tapi, orientasi tetap orientasi beb... dan aku mengikuti program yang sangat dibenci oleh semua makhluk spesies aku dengan hati yang sangat tenang,setenang air yang terjun daripada air terjun...( kejadah nye aku tulis nihh...??)

orientasi dan orientasi...dan sampailah pada satu program aktiviti berkumpulan yang memerlukan semua student memakai pakaaian Game Order atau lebih dikenali sebagai baju sukan... seperti biasa, t-shirt orientasi memang sama untuk semua orang, tak ada yang lebih tak ada yang kurang...yang beza cuma size saja... dan seperti biasa juga, kalau dah namanya wanita, hand socks tu menjadi isu..ada yang pakai ada juga yang tak pakai, ada yang pakai tapi ketat...

ok, disinilah bermulanya proses tegur-menegur yang membuatkan aku berfikir 2,3,4 mahupun 5 kali tentang hal ini... perempuan dan aurat memang satu isu yang sangat sensitif.. aku malas nak story pasal benda ni sangat dalam hal ni, cuma nak story pasal, bagaimana seorang wanita yang di kategorikan senior menegur junior beliau tentang isu handsocks dan aurat disini...

seorang senior wanita berdiri dihadapan dewan, memberi salam dan terus berucap menggunakan mikrofon yang disediakan... dengan mengatakan; "korang yang perempuan nih, kenapa ada yang tak pakai handsocks?? korang tak tau ke lengan korang tu salah satu aurat?? yang pakai handsocks pulak, jangan laa pakai yang ketat-ketat, kita nak menutup aurat bukan nak membalut aurat..." ok, macam tu laa lebih kurang senior wanita itu menegur semua junior wanita di hadapan semua orang termasuk lelaki dan perempuan...

niat senior tu memang baik, memang bagus kerana menegur tentang kesalahan yang mungkin tak disedari orang lain...tapi, di sini aku terus berfikir...kenapa mesti dia menegur secara terbuka di waktu yang ada lelaki dan wanita dalam satu tempat?? kenapa tidak mengambil masa yang lain yang hanya ada wanita sahaja untuk menegur tentang perkara tersebut??? adakah dia tidak berfikir tentang perasaan wanita yang 'terasa' dengan teguran dia dan berasa malu dengan kaum lelaki yang wujud dalam dewan tu.. pernah dia terfikir??? atau kita sendiri terfikir tentang perkara ni??

mungkin ada sesetengah wanita akan attack aku, tentang isu ni pun aku nak dijadikan cerita...tapi, aku disini menceritakan tentang profesionalisme anda tentang menegur orang lain, terutamanya dalam satu majlis yang rasmi... dan juga tentang menjaga hati dan perasaan orang lain. bukan hanya main hembus saja... 

setiap wanita mempunyai perangai dan lifestyle yang berlainan..ada yang boleh terima teguran secara terbuka, ada yang akan memberontak dan ada juga yang akan mencari balik kesalahan orang yang menegur dia... jadi, tegurlah secara profesional...

oleh yang demikian, entry ini adalah pandangan dari kacamata empat mata aku... 



Sunday, September 4, 2011

Rokok... Di Sebalik Kebaikannya...


Salam semua...
rokok.. kalau kita tengok atau baca kat mana-mana media sama ada media cetak mahupun elektronik, mesti semua cerita tentang keburukan rokok... tak ada yang baik-baik, nak buruk aje... tapi, kita tau ke kebaikan di sebalik rokok ni??? walaupun aku bukan perokok, tapi aku tak kan sesekali menidakkan serta mendiskriminasikan bangsa perokok nihh... hahaha

tak payah cerita banyak.. ni antara kebaikan rokok...

1) Macho + Cool + .....

Melalui rokok anda boleh meningkatkan martabat anda untuk menjadi lebih macho, cool, bergaya dan sewaktu dengannya... lepak kat bistro cafe sambil layan air segelas RM10, usha manusia kat kaki lima depan Times Square, letak rokok kat mulut sambil pasang lighter dan bakar hujung rokok... terasa diri sangat angkuh dan berlagak ketika itu... dapat anda bayangkan???

2) Connecting People

haa.. macam iklan Nokia-Connecting People... macam tu jugak laa dengan rokok ni.. walaupun anda tak kenal antara satu sama lain..tapi bila anda berada di dalam cabang dan bidang yang sama dalam jurusan rokok-merokok nihh, anda dapat mengeratkan sillaturrahim sesama insan... tak kisah lah pinjam lighter ke, hisap sepam dua ke, pow rokok orang ke.. semua ni dapat mengeratkan sillaturrahim sesama insan secara automatik dan secara ketidak sengajaannya... serta secara automatiknya, anda dapat ramai kawan tanpa anda sedari..

3) Sangat Kaya

satu Malaysia tau harga rokok mesti naik tiap tahun..tak seringgit, naik laa seposen.. dan rokok-rokok yang menjadi idaman kalbu serta peymes di kalangan perokok macam Dunhill, Winston dan sebagainya mesti agak mahal sampai bole makan nasi ayam dua set.. kalau mengikut logik akal yang waras, mahal sebenarnya rokok nihh.. tapi perokok masih boleh membeli rokok dengan selamba dan kerek sampai berkotak-kotak rokok sehari boleh beli... jadi, hal ini menunjukkan perokok-perokok sangat kaya serta boleh menjadikan anda kaya... ahaa..

4) Pandai Berjimat-Cermat

kalau part yang di atas tu memberitahu rokok tu mahal..part di sini memeberitahu anda bahawa dengan rokok anda boleh menjadi seorang yang berjimat cermat.. disebabkan rokok mahal, jadi ramai dikalangan perokok  bertukar menjadi seorang yang sangat berjimat cermat terutama pelajar-pelajar kolej mahupun universiti,.. melalui rokok anda dapat mengurus wang anda berapa ringgit sehari untuk membeli rokok, jadi tiada masalah kewangan di masa akan datang sebab anda sudah cukup berpengalaman dalam arena urus-mengurus wang anda.. jimat cermat amalan mulia.

5) Menghilangkan Tekanan

haa..part yang last ni adalah part yang paling peymes dan sangat efektif untuk semua para perokok... dengan rokok anda dapat menghilangkan segala jenis tekanan kerja, tekanan belajar, tekanan gaduh dengan awek/balak mahupun tekanan ketagihan merokok.. hal ini sangat di akui oleh semua perokok-perokok di luar sana dan anda boleh mencubanya jika mahu...




walaupun terdapat kebaikan di sebalik keburukan merokok...tapi, yang pastinya banyak keburukan rokok ni daripada kebaikan yang ada.. dan keburukan rokok nie telah di akui oleh doktor-doktor seluruh dunia... jadi, fikirlah sebelum melakukan sesuatu..

*AMARAN oleh KERAJAAN MALAYSIA : MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN


*terima kasih kepada Google kerana bagi aku gambar-gamabar ni semua

Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA....




salam semua...

entry kali ni aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat manusia yang beragama ISLAM sama ada berada di darat, di laut, mahupun di udara hendaknya....

selain itu juga aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua readers yang baca blog aku yang sangat ntahhapehapentah ni.... tak kisah laa sama ada anda seorang blogger yang mempunyai blog ke ataupun anda hanya umat manusia biasa yang tidak tau apa itu blog tapi sentiasa membaca blog-blog umat manusia yang lain...

sebelum aku merepek dan melalut dalam entry yang tidak mendatangkan ilmu tapi mendatangkan ucapan ini...
aku inin menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki berserta seluruh anggota badan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, memohon ampun maaf jika ada terkasar bahasa dan tersakitkan hati kepada semua yang mengenali diri ini... serta aku juga memohon maaf kepada semua pembaca sama ada bloggers ataupun bukan bloggers... 

~terima kasih~



Friday, August 26, 2011

Macam Mana Nak Sebut Asus....???


salam semua...
kali ni aku nak share sikit pasal cara sebutan brand Asus nih.. ahaa... ramai yang guna brand nih..tapi adakah pengguna serta bukan pengguna menyebut nama brand Asus ni dengan betul???

adakah korang sebut Aysus?? Aaa-soos?? Asses?? Ay-sius?? haa, mana satu yang betul??? ok, video kat bawah ni akan bagitau cara sebutan dia yang betul... silakan menonton...





hahaha..dah tau kan?? jadik sebut laa dengan betul... dulu aku sebut Asses.. hak3...

credit to: Djmick

Thursday, August 25, 2011

Wordless Wednesday... ape tu???

salam...

hehe...ok entry kali ni aku boleh buat kesimpulan bahawa tahap kebangangan aku menurun sikt dan tahap kegeniusan aku meningkat dengan banyaknye...hehe..

wordless wednessday... entry yang biasa aku jumpa kat blog-blog bila aku buat sesi blogwalking mahupun blogjogging... bila aku tengok entry yang ada tajuk wordless wednesday, aku just nampak gambar je dalam entry tu... pelik...tapi belum sampai level aneh laa.. haha

wordless wednesday... daripada aku start ber-blogging sampai laa 5 minit yang lepas, aku tak tau langsung hapebendentah tu... aku ada tanya orang, tapi dia pun tak tau..dan disebabkan sifat-sifat terpuji aku yang tak pernah nak ambik tau... so, aku pun tak ambik tau pasal benda ni...

kalau aku tak ambik tau kenapa aku post entry pasal ni?? ahaa... sebab nya, aku dah tau dah apa itu wordless wednesday... hehe.. dah berkurun baru sekarang aku tau.. pehh.. sedih tol laa...

wordless wednesday adalah dimana pada hari rabu, blogger hanya akan meletakkan gambar pada entry mereka tanpa describe apa-apa tentang gambar tersebut..biar gambar menceritakan segala-galanya... (setiap gambar ada lagu... ~yuna~..) haa... lebih kurang camtu laa...

so, itulah maksud wordless wednesday yang aku jumpa setelah melakukan senaman ber-blogjogging pada pagi hari ini... terima kasih kepada owner blog nihh Mercun Bola Aidah sebab bagitau maksud disebalik perkataan Wordless Wednesday ni.. haha

entry aku kali ni memang mengarut dan merepek... hal ni disebabkan aku tengah addict dengan game online Boomz BM... so, aku lack of idea... sorry.. peace :-)






Monday, August 22, 2011

Cerita di Malam hari...



Online...online... dan terus online...tiada apa yang dapat menggembirakan hati aku di kala cuti semakin hilang dari hari ke hari... kelaparan dan kedahagaan ketika berpuasa bagaikan tidak memberi apa-apa kesan pada diri aku... puasa bukan susah mana pun... aku berasa riak, bongkak dan takabbur mulai menguasai diri aku.. 

setelah 5 minit melayan perasaan aku yang boleh dikategorikan paling celaka dalam semua jenis perasaan, aku bangun dan pergi ke dapur..aku melihat parents aku sedang bertungkus lumus memasak untuk berbuka pada pukul 7.25 malam nanti... tanpa arahan daripada mana-mana pihak, aku terus membantu parents aku dengan harapan mereka akan melihat aku sebagai anak yang sangat baik didunia dan tiada anak yang baik lagi selain daripada aku yang terbaik...tapi, apakan daya sangkaan ku meleset sama sekali, kerana dengan mudahnya aku dimarah sebab lambat memunculkan diri untuk menghulurkan tangan ringankan beban pada parents aku...

setelah bertungkus-lumus di dapur.. aku dengan rasa gah sambil buat muka toya level ke-18 terus blah dari dapur dan pergi ke bilik air untuk mandi... untuk mengembalikan tenaga aku yang banyak hilang sepanjang bulan puasa ini, aku mandi dengan penuh semangatnya seperti kucing yang dicampak kedalam air dengan sengaja...setelah puas mandi..aku terus menyarung baju melayu beserta kain pelikat la la la, tidak dilupakan boxer celoreng aku itu... aku pandang ke cermin...aku memang dilahirkan kacak lagi bergaya...walaupun hanya dengan memakai boxer sekalipun ramai wanita-wanita yang sering memakai swimsuit di khalayak ramai di luar sana cuba menggoda aku dengan menggayakan duckface apatah lagi gaya lick my V... namun aku tak pernah terpedaya dengan godaan tersebut.. haha

setelah puas berlagak dengan diri sendiri di hadapan cermin, aku blah dan terus duduk di meja makan... lagi doploh minit je lagi nak berbuka..ceitt..lame btol... sambil menunggu azan berkumandang, aku layan cerita boboiboy kat tv yang x brape nak slim kat rumah aku tu...aku tak paham, kenape di saat waktu setan-setan semua sedang buat parti kat luar rumah cerita ni ditayangkan... sambil menonton cerita tu aku menyumpah seranah di dalam hati stesen tv yang siarkan cerita tu...

azan berkumandang... dengan selamba bapak aku mula membacakan doa... aku meng-amin kan dan terus meneguk air durian belanda yang berharga dua ringgit sebungkus yang aku beli di bazaar petang tadi... nasib baik air dia sedap.. dengan penuh rasa selamba dan tanpa sedikit pun perasaan malu terhadap keadaan sekeliling aku, aku terus membalun makanan yang ada di depan mata aku... 

kenyang... aku lihat kucing aku yang sudah duduk di atas meja sambil berhadapan dengan aku... sambil membuat muka yang bajet comel+kesian, dia mengiau dengan penuh rasa syahdu umpama dia akan pergi tak kembali pada keesokan harinya... aku membalas renungan kucing aku dengan pandangan yang sungguh tajam sehinggakan bole membuatkan tiada sesiapa yang sanggup memandang pandangan seksi aku tu... kucing aku terus turun dari meja makan dengan kelajuan cahaya setelah tidak sanggup memandang pandangan mata aku yang tajam tu... kucing aku terus blah sambil mulutnya terkumat-kamit seakan-akan memaki aku... aku membiarkan sahaja kerana aku merasakan telah memperoleh kemenangan yang besar dalam abad nihh...

setelah menunaikan solat maghrib..aku terus duduk dihadapan tv dengan gaya mat rempit yang baru first time merempit... sambil menunggu waktu isyak aku tonton tv dengan tanpa ada sekelumit perasaan pun apatah lagi perasaan cinta, kasih dan sayang... celaka, iklan KLMU plak... hilang konsentrasi aku... azan isyak berkumandang, aku terus ke bilik air dan mengambil wudhuk yang sempurna... setelah mengambil wudhuk aku terus blah dari rumah aku dan naik di belakang motor bapak aku untuk ke masjid bersama-sama beliau... honda EX-5 dengan sentuhan rim 3 batang dari singapore...aku berasa sungguh berlagak apabila menaiki motor ni, apatah lagi bila lalu di depan mat rempit yang sedang lepak...perasaan riak, bongkak dan takabbur pasti akan menguasai diri aku.. 

selang beberapa centimeter motor bapak aku berlalu pergi meninggalkan rumah aku..tiba-tiba terdengar bunyik kelepek,kelepek,kelepek...motor tiba-tiba menjadi berat... aku berasa pelik, kerana seat motor sudah penuh, tak mungkin hantu dapat naik... rupa-rupanya, tayar motor yang bocor... ceit, nasib baik motor ni tak lalu lagi depan geng mat rempit tepi jalan tu, kalau tak memang kena gelak seumur hidup aku... tanpa berlengah ayah aku terus mengambil kunci kereta, dan menyetat kereta proton iswara aerobek 1.3 cc tu.. kereta yang banyak memberikan bakti dan jasa kepada kami sekeluarga... fak, stereng die berat, tak guna...

aku solat dengan penuh khusyuk dan tawadduk... umpama tiada dunia lagi selepas hari ni... eh, apesal ayat aku makin lama makin celaka ni... isyak, terawikh, mahupun witir..aku setelkan semua dengan mudah... terasa perasan riak mula hendak bertunas dalam diri...cepat-cepat aku menahan diri aku daripada bersikap sebegitu.. aku tau aku seorang yang sangat baik... selesai imam membacakan doa..dengan pantasnya aku keluar daripada masjid sebab nak menonton cerita moreh kat tv astro yang banyak telan duit orang...moreh di masjid aku sudah tidak pedulikan..lantak laa...

aku segera menyetat enjin kereta dan dengan penuh rasa berlagaknya aku drive kereta tu umpama seorang remaja yang baru dapat lesen P dalam hidup beliau... aku berselisih dengan motor mat rempit tadi..penuh dengan pandangan kerek nak mampos aku lemparkan pada beliau... aku tau, martabat aku sudah meningkat naik hanya dengan drive kereta bapak aku..haha...

aku membelok ke kiri untuk masuk ke jalan rumah aku... aku drive dengan penuh concentrate..tiba-tiba aku nampak sesuatu di jalan...sesuatu yang tidak bergerak-gerak... aku confuse dan timbul persoalan di kepala, apakah benda itu... aku segera mem-brekkan kereta aku... celaka nya kucing, boleh pulak dia lepak kat tengah-tengah jalan nihh... aku hon beberapa kali..tapi kucing tu langsung tak bergerak... aku confuse, pelik dan tiba-tiba bulu roma aku mencanak naik...aku berasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan keadaan ini... takkan ada hantu di bulan puasa yang mulia lagi penuh barakah ni...

aku menggigil kesejukan... tiba-tiba ada satu suara singgah di telinga aku...HHHOOOOOOIII!!!! apsal ko berenti???? jalan laa!!!.. terkejut aku..aku lihat bapak aku memandang aku dengan muka yang sangat pelik lagi kelaparan... aku membalas pertanyaan bapak aku... dengan menyatakan ada kucing kat depan yang taknak bergerak... bapak aku menjadi semakin pelik, pelik dan sangat memelikkan... terus dia bagitau, ITU DAUN LAA, DAUN BESAR KUCING APEMENDENYA...jalan laa... aku semakin confuse, daun??? yeke??? ouwhh, baru aku ingat, aku lupa nak pakai spek mata aku... nampaknya rabun aku semakin meningkat naik... dengan segera aku melenyekkan daun tersebut..ya, memang daun rupanya... cilakak...terasa kebangangan dalam diri aku terserlah... terus bapak aku menganjing aku pada keesokan hari bila melalui kawsan daun tu... ciss...




Konsep "I Follow U, U Follow Me"... Rasional atau Tidak???



Salam semua...
entry kali nie tentang konsep "I Follow U, U Follow Me" yang sangat fofular dalam kalangan bloggers-bloggers seluruh dunia secara amnya dan sangat peymes juga dalam kalangan bloggers-bloggers seluruh Malaysia khususnya...(jahanam bahasa aku...ceitt..) 

mungkin aku terlalu baru dalam dunia blogging ni dan secara kasarnya aku mungkin tak layak nak komen pasal benda yang fofular nihh... tapi, disebabkan ada member aku yang bagitau aku, 'typo is not a crime lorr' serta blogger-blogger yang sentiasa tulis kat blog diorang, 'blog aku, aku punya suka laa' (fak gile ayat...) aku tetap menulis pasal benda ni gak... tapi yang sebenar-benarnya adalah..ini adalah pendapat aku sendiri...

aku tau memang dah ramai dah blogger citer pasal "I Follow U, U Follow Me" nih.. ada yang tak suka dengan konsep nih, ada gak yang mempertahankan konsep ni gak... lain orang lain cara, ye dakk?? so, di sini kita akan tengok,lihat dan teliti dua jenis blogger yang berbeza pendapat tentang konsep nihh... (power siot ayat aku..haha)



Group yang bersetuju dengan konsep ni
ok, group nie adalah dimana mereka yang sangat bersetuju dengan konsep "I Follow U, U Follow Me"... sifat-sifat mereka yang boleh kita nampak macam,biasanya kalau diorang ping blog kat satu group, mesti ada ayat 'Follow me, I will follow u bek'..ok, baru satu sifat..

sifat seterusnya,biasanya bila bukak blog diorang, follower ramai gila babeng ahh..mau main ratus-ratus tu...(aku berani cakap camni, sebab follower aku sikit..haha) lepas tu biasanya sesetengah blog akan ada widget kartun kiri kanan yang yang suruh readers follow blog diorang... sifat lain pulak,biasanya diorang nie akan sentiasa meninggalkan jejak kat shoutbox blog lain dengan ayat yang sama gak, 'follow my blog'..

mengenai entry bagi blog group ini...aku tak berani nak komen sangat, sebab aku masih lagi baru, dan aku masih belajar lagi ape itu blogging... so, korang boleh nilai sendiri bila korang blogwalking kat blog group macam ni... pendapat aku, entry diorang ada best dan ada jugak yang tak best..tapi biasanya aku nampak diorang banyak join segment-segment merapatkan hubungan sillaturrahim sesama bloggers laa... hehe...

apa yang aku bagitau di atas nih, tak semua blogger group nie macam tu... mungkin diorang mempunyai sifat yang lain daripada kat atas tu..(perasan tak aku banyak guna perkataan biasanya..haha)



Group yang tak bersetuju langsung dengan konsep ni
group ni tidak mengamalkan langsung konsep "I Follow U, U Follow Me" dalam diri diorang...berbeza dengan group first tadi, bila diorang ping blog, diorang tak mengeluarkan ayat di atas langsung...hanyalah menerbitkan ayat-ayat dramatis yang suruh orang baca blog dia...

seterusnya, kalau jenis newbie macam aku tu, follower memang tak boleh la cucuk jumlah follower group tadi tu..tapi biasanya yang blogger-blogger lama follower memang ramai... paling best pasal blog group ni adalah dalam banyak-banyak entry diorang akan ada satu entry tentang konsep follow meng-follow ni.. diorang akan kritik sehabis-habis nya tentang konsep ni, sebab bagi diorng konsep nie adalah rubbish sebab konsep ni hanya untuk meningkatkan follower, bukan nak meningkatkan mutu kualiti sesuatu entry...

so,diatas itu adalah sedikit sebanyak tentang survey yang aku buat...


pendapat aku tentang benda nie, konsep follow meng-follow ni sebenarnya ok..tapi cuma satu persoalan, adakah follower yang follow blog kita tu, betul-betul follow blog kita ataupun hanya menjaga hati kita sebab kita suruh dia follow blog kita??? takpun, adakah kita betul-betul yakin trafik akan sentiasa konsisten bila ramai orang follow blog kita?? (mungkin..???) dan lagi satu, adakah follower tersebut menghargai apa yang kita post kat entry tiap-tiap bulan??? dan lagi satu jugak, adakah mutu kualiti entry kita cukup bagus nak suruh orang lain follow blog kita???
(cilake..nie bukan satu soalan..ni banyak soalan ni...)

aku bukan nak kondem orang yang guna konsep ni, bagi aku, ni satu strategi diorang nak kasik naikkan trafik dalam blog diorang dan suruh orang lain baca.. tapi, bagi aku lebih baik bersabar tentang hal follower ni... bagi aku, kualiti entry tu lagi penting daripada join segment macam-macam suruh orang follow sana-sini tapi entry tak best... aku tau entry aku tak best..tapi aku masih belajar..dan aku juga manusia yang boleh beza, mana satu best mana satu tak best...(hehe...)

secara jujurnya..aku tak penah guna konsep ni dan tak berminat dengan konsep ni walaupun dalam hati aku jelez gila babeng dengan blog-blog yang baru post 5, 6 entry tapi dah ade berpuluh-puluh follower... entry diorang best kot... dan aku juga sangat bersetuju dengan pendapat blogger dari group kedua di atas tu..
-lebih baik mengejar pembaca yang menghargai penulisan kita, daripada mengejar follower yang tak pernah baca penulisan kita...

btw, nie semua adalah pendapat aku...dan aku minta maaf jika ada yang tersinggung...(ayat budak baik..hehe)
dan terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa anda di sini dan terima kasih jua kepada sesiapa yang follow, aku amat menghargai... :-)







Saturday, August 20, 2011

Cerita di Subuh hari



Tepat jam 1.00 pagi..setelah menonton cerita Bujang Sepah episod yang keberapa ntah di astro prima yang setiap kali meninggikan nada volume bila nak iklan..aku masuk ke bilik dan meng-on kan laptop acer yang telah banyak berbakti serta menyusahkan aku itu... online...online dan terus online... tiada apa yang boleh aku buat dalam musim percutian aku yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi...

aku menumpukan segala perhatian aku pada laptop aku tanpa memikirkan kesan radiasi yang akan berlaku pada mata aku yang sedia rabun ni.. blogwalking, blogjogging malahan aku juga ber-blogrunning dalam alam maya ini... online dan terus online sehingga tidak sedar sudah pukul 4.00 pagi..hmm...aku sentiasa tenang dengan keadaan tersebut...

dengan penuh rasa rendah diri aku bangun pergi ke depan bilik mak aku dan ketuk pintu bilik mak aku untuk mengejutkan beliau... aku tau aku seorang anak yang baik...terasa ketakburan memusat dalam diri aku ketika itu...selesai melunaskan perasaan bongkak dan riak tersebut, aku kembali ke depan laptop aku dan menyambung aktiviti kurang sihat aku ini...online dan terus online...

selang beberapa minit...mak aku memanggil aku untuk makan sahur...aku bangun dan pergi makan dengan lahapnya tanpa memikirkan keadaan sekeliling... sesudah makan umpama dirasuk hantu raya aku terus menyambung aktiviti aku tadi...online dan terus online...

azan subuh berkumandang...nampaknya, aku terpaksa meng-postpone-kan aktiviti korek idung yang nikmat ini sehingga waktu berbuka karang... selepas 5 minit azan subuh berlalu..aku segera pergi ke bilik air dan mengambil wuduk..aku membentangkan sejadah terus solat seperti mana yang diajarkan oleh syarak..

ketika solat aku terasa betis di kedua belah kaki aku terasa sejuk sesejuk ais kerim mat kool yang belum dijilat oleh mana-mana kanak-kanak yang masih tidak tau apa itu hingus dan apa itu kain lap... aku solat dan terasa bulu kaki aku tegak mencanak semacam... sejuk...pelik..aku sungguh pelik...

selesai solat aku mengangkat tangan untuk berdoa... selessai aku menyapu kedua tapak tangan aku ke muka aku...aku terpandang sesuatu yang sangat aku kenali... dua kepala lutut yang sangat sexy yang boleh membuatkan ramai wanita-wanita baik yang remaja mahupun yang dewasa di luar sana terpikat dengan keseksian lutut aku itu... aku terpikir, macam mana lutut aku bole menonjolkan diri ketika ini... apabila aku bangun rupa-rupanya aku solat dengan memakai seluar pendek... terasa kebangangan aku terserlah dengan mendadak... adeshh.. macam mana boleh tak perasan nihh... aku segera mengambil kain dan solat semula...

begitulah kisah aku di waktu subuh yang indah...saja nak buat cerita panjang-panjang... kebosana melanda diri... terima kasih kerana sudi membaca...


Mari kenali...UPNM

salam semua...
berjogging-jogging ke blog orang lain adalah satu perbuatan yang murni..dan menjadi silent reader adalah satu perkara yang hebat..haha..dan hasilnya.. sorang blogger telah story pasal universiti dia...so, terdetiklah dihati aku yang suci sesuci minyak masak seri murni sungguh suci sungguh murni nih untuk story pasal universiti aku pulak...(aku memang suka amik idea orang..teruk..)

sebelum masuk dengan lebih dalam lagi, korang kena tau apa itu UPNM... Universiti Pertahanan Nasional Malaysia... yup, bukan nak kerek laa..tapi nak tunjukkan rasa takbur dan bongkak nya bahawa universiti aku ada askar..hahaha... (macam laa universiti lain takde..heh..)

UPNM mempunyai dua jenis status pelajar iaitu pelajar kadet dan pelajar awam..ok, disini akan aku ceritakan perbezaan yang nyata tentang dua jenis status tersebut...

Pelajar Kadet:
- lebih dikenali dalam kalangan askar sebagai Pegawai Kadet
- diorang nie 100% askar tak kesah la tentera darat, laut, udara..diorang memang bukan orang awam lagi...diorang adalah askar.. 
- diorang juga dah tak pakai dah IC biru tu..tapi da tukar ke IC tentera.. (uiyoo..askar btol nihh...)
- menerima elaun/gaji sebanyak RM1000 lebey sebulan..seperti yang digebang-gebangkan oleh masyarakat setempat..
- hidup diorang adalah hidup tentera, so..jangan laa expect yang diorang boleh hidup macam pelajar awam normal yang lain...(jahat gila ayat aku...)

uiyoo..akak askar siott...

Pelajar Awam: (yang ni aku..hehe)
- lebih dikenali sebagai Pegawai Kadet Palapes dan budak awam dalam kalangan manusia dalam universiti tu sendiri..(sebab kitorang budak awam..haha)
- lifestyle macam student universiti awam yang lain..cuma ada gaya askar-askar sikit dalam diri tu..hehe
- IC biru masih lagi digunakan..tapi, kad tentera simpanan juga kitorang ada gak...
- terpaksa menggunakan pinjaman or biasiswa sebab tak ditaja macam kadet..
- tak dapat gaji macam kadet..tapi kitorang dapat elaun latihan PALAPES 4 hengget sejam..
- hidup macam budak universiti lain gak...dun worry..just military training tu diwajibkan laa...

brader yg kat tgah2 tu mcm aku pnah nmpk je...

ok, tu perbezaan yang nyata...ada gak perbezaan yang lain..malas je nak tulis..haha..sekarang nie persamaan antara pelajar kadet dan pelajar awam akan diceritakan di bawah... 

- semua student adalah student UPNM
- diwajibkan memakai uniform yang diwartakan ke kuliah mahupun ke kelas-kelas akademik..(whoaa..??!! macam budak sekolah tu... waddefaakk!!)
- belajar dalam kelas,dewan,library yang sama tanpa ada unsur diskriminasi status di sini..
- belajar subjek yang sama dalam satu bangunan mengikut course dan subjek yang diambil juga tiada unsur diskriminasi status disini...
- sama-sama rasa military life..
- dan lain-lain lagi...(hehe...)

UPNM ni special sikit..sebab nak masuk universiti ni kena interview segala bagai semua dulu.. macam UPSI laa..tapi, ni interview nak jadik askar..bukan cikgu..haha... so, sape yang dah berangan nak masuk askar..boleh laa mencuba nasib... haha...

battle of the band-1st convo.. (mos bersama gita n ejat dengan gaya tersendiri..)
naseb korang le muke msok dlm blog aku..haha...

kampus...

ok..itu saja story ringkas pasal UPNM...lau nak lagi detail..search laa kat internet... macam biasa... dan, gambar di atas aku amik kat google je...
                                                                                                      

Thursday, August 18, 2011

Tips-tips Tekel Awek yang Simple



ok..entry kali nie aku akan bagitau tentang cara-cara tekel awek yang mudah,simple dan berkesan..haha.. hasil daripada kajian aku selama 5 minit sebentar tadi, dapatlah aku mencipta beberapa tips yang kompom power dan menjadik.. haha

1.  Pastikan anda mempunyai wang yang cukup banyak sebelum men-tekel seseorang awek tu... hal ini kerana dalam dunia globalisasi yang semakin maju sekarang, money is everything.. walaupun muka anda langsung tak hensem malahan beruk kat zoo pun sempat ketawakan anda kerana kehuduhan anda, tapi asalkan anda ada duit yang banyak dengan mudahnya awek cair pada anda..
-muka diketepikan duit diutamakan..ingat tu..

2.  Walaupun tips di atas menyatakan muka x penting..tapi, imej dan gaya anda kena lah dijaga.. janganlah bawak muka sememeh nak tekel awek kan..dengan air liur basi lekat kat muka, gigi tak gosok..argghh.. bukan setakat awek, maknyah pun lari bro... tak cool laa kan tekel awek macam tu, so kita kena ada imej yang best sebelum tekel awek tu..pakai laa, tuxedo ke coat ke sweater ke..janji nampak hebat di mata awek yang nak ditekel tu...(jangan pakai lab coat sudah..dah macam professor gila da tuhh..)
-biar huduh, tapi bergaya..kompom ada gaya..

3.  Jangan gunakan ayat-ayat poyo macam ni, "hye, saya rasa awak dah curi hati saya..."  juga macam ini, "saya rasa bidadari syurga berada di depan mata saya" serta ini, "kau umpama bulan yang menerangi malam ku" (huh??ada ke ayat nihh??).. ouwhh wtf.. ayat-ayat zaman batu ni da tak relevan nak guna buat masa sekarang... sekarang zaman dah maju dunia dah berubah, tak kan ada punya awek yang cair dah bila dengar ayat-ayat poyo ni..jadi elakkan menggunakan ayat-ayat seperti ini..
-jangan jadi poyo...

4.  Jangan gelabah bila nak tekel awek..part nie biasanya dihadapi oleh lelaki-lelaki yang baru 1st time nak merasa ada awek.. korang jangan gelabah, korang kena tunjuk kejantanan korang tu..kena sentiasa cool.. kalau korang nampak awek yang korang suka tu lalu depan korang, korang jangan pulak usha dia lama-lama sampai dia blah..jangan buat macam tu...korang kena rilek.. buat macam ni..korang nampak awek tu, and then  pandang dia dalam 5 saat, lepas tu toleh tempat lain n buat bodo..walaupun hati korang nak gak tengok awek tu, tapi kena tahan..rilek... awek tu mesti fikir, 'aku tak cantik ke' 'apesal die buat dunno je'.. ahaa... cara nie jugak boleh digunakan bila korang mula nak berjinak-jinak menjadi kasanova kelas atasan.. haha
-sentiasa cool...

5.  Kalau kita refer part no.3 tadi jangan gunakan ayat-ayat poyo..tapi, gunalah ayat yang style lagi hebat tapi mempunyai maksud yang mendalam..ahaa... contoh ayat dia, "mak aku suka ko lah..ko taknak jadik makwe aku ke??" ahaa...jeng3.. lagi satu contoh, "ko tak rasa ke sepatutnya aku dah berpunya sekarang ni" ahaa... ada banyak lagi ayat-ayat yang best..kat situ lah perempuan dapat hint pasal korang... tapi, diingatkan ayat-ayat seperti ini adalah ketika korang sedang seronok bersembang dengan awek tersebut, tengah gelak-gelak ke hape ke..baru lah menjadi..kalau tak ayat tersebut akan jadik poyo tahap dewa macam ayat kat part no.3 tu..
- sentiasa kreatif

6.  Sentiasa memastikan target korang tak terlepas kat mana-mana lelaki..kalau tak, macam biasa laa.. cari awek lain.. untuk menunjukkan yang korang adalah mempunyai hati yang ikhlas serta suci, sesuci minyak murni sungguh suci sungguh murni..(ahakzz..) korang kena sentiasa keep in touch dengan awek tersebut, stalk facebook die ke, comment semua entry kat blog die ke, sukati la.. tapi jangan jadi orang yang mengganggu hidup dia..senang kata berpada-pada laa.. hal ini untuk memastikan awek tu sentiasa senang dengan kewujudan korang dan suka bila korang ni wujud.. hal nie juga supaya tidak timbul perasaan benci, meluat dan mendoakan kematian korang dalam diri awek tersebut..
- jangan jadik annoying

7.  Cara bagi part ni adalah cara yang biasa disarankan oleh semua orang...iaitu main tarik tali.. menggunakan konsep 'kalau dia ada best, kalau tak ada macam tak bpe best plak' ahaa.. konsep nie boleh digunakan bila anda dah betul-betul rapat dengan awek tersebut..lau setakat baru nak usha-usha 2,3 hari tu..memang orang cakap ko syok sendiri laa...
- tarik tali tapi jangan lepas

8.  Jangan poyo sangat minta number fon kat awek tu, padahal baru sembang 5 minit... hal nie untuk mengelakkan 1st impression awek tu terhadap korang bahawa korang nie desperate nak ade awek, desperate gile nak kapel... sangat bahaya part nih.. korang kena sentiasa cool, rilek, jangan gelabah... sentiasa sabar..biarkan awek tu sendiri yang bagi no fon kat korang..(ahakzz..) kalau nak sangat no fon tu, gune lah ayat-ayat kaverline seperti yang di atas td..
- sentiasa cool lagi skali...

9.  usaha tangga kejayaan...cool diutamakan coverline didahulukan...haha...(bodo..ngarot je aku...)

10. jadilah diri sendiri...lagi bagus daripada terikut-ikut orang lain...

begitulah dia cara-cara tekel awek yang mungkin berkesan tuan-tuan dan puan-puan sekalian...
apa-apa hal pun..risiko ditanggung sendiri... selamat menekel...


~sekian~

Wednesday, August 17, 2011

Style Baru Pramugari Filipina



haha..aku tak tau nak komen apa pasal video nihh... tapi memang style lah... takde la boring sangat kan naik flight nih... hahaha...

lau betul ada emergency masa flight nih..aku rase semua penumpang duk menari gak kot... hahahaha... 
papehal layan dulu...
~enjoy~

Tuesday, August 16, 2011

Terawikh kita...

teliti gambar di bawah...

Malam pertama terawikh...


Malam ke-7 terawikh...


Malam ke-16 terawikh...


Malam ke-22 terawikh...



Malam ke-29 terawikh...

????.....

Monday, August 15, 2011

10 jenis manusia pelik



1)  tak sedar badan gemuk+berlemak+spare tyre, tapi still pakai baju ketat-ketat tahap neraka... sh*t man...

2)  tonton berita kat tv1 sambil mengajak jiran sebelah rumah menonton bersama tanpa sedikit pun perasaan bersalah... malah berasa bangga dan riak pula.

3)  post dekat facebook dengan ayat "jangan ganggu aku, aku tgah busy wat assignment.." tapi facebook dengan IM facebook still online 24 jam...

4)  berasa excited menonton iklan KLMU kat tv.

5)  balas mesej "hai" orang lain dengan mengatakan "saya kenal awak ke??" (biasanya perempuan yang balas mesej macam ni)

6)  menggunakan perkataa-perkataan gedik tahap melampau seperti "aq skew laa mamat tew, encem gileww"
errr.....

7)  menganggap UPNM adalah sebuah universiti yang super mantap+hebat gila babeng tahap gaban. (nie U aku sebenarnya..haha)

8)  tak puasa di bulan puasa ( ya, sangat pelik..)

9)  pakai uniform masa kuliah dan sewaktu dengannya ketika di alam universiti ( u mane lak nihh???)

10)  sentiasa post entry-entry kat blog yang merapu dan merepek dan tak boleh diterima readers macam apa yang aku buat kat blog aku nihh... (aku newbie lagi beb...haha)

~sekian~

Saturday, August 13, 2011

sorry...I hate politics...

salam semua..
entry kali nie tentang politik...tak, sebenarnya bukan laa mengenai politik seratus peratus..tetapi mengenai politik dalam kalangan remaja-remaja, belia-belia, muda-mudi, mahupun yang baru nak menghasilkan sperma serta yang baru ingin merasakan diri dicintai mahupun mencintai di bumi Malaysia yang indah nan permai ini...

berdasarkan pada tajuk post aku di atas tu... "sorry...I hate politics..." tajuk dan ayat nie memang aku yang tulis.. tapi hasil pemerhatian aku sepanjang aku ada akaun facebook..ya, kadang-kadang bila aku stalk profile fb orang lain mesti ada kat profile die, part political views tertulis 'not interesting', 'politics sucks', 'x minat laa politik-politik nihh' dan bermacam-macam lagi. biasanya yang aku jumpa tulis benda-benda nihh adalah berjantina wanita mahupun perempuan. (sorry to say..)

aku x pasti sama ada mereka-mereka ni semua pamerkan perkara tersebut hanya untuk suka-suka ataupun memang betul-betul memaksudkan perkara tu..(dalam bhse omputihnyerr..I really mean it.. haha) aku bukan nak mengganggu hak privasi sape-sape apatah lagi ingin menjaga tepi mahupun dalam kain orang... cuma aku agak pelik dengan golongan-golongan tersebut...

Ayam: Panda ko tau x apesal diorng wat perhimpunan clean n clear itu hari???
Panda: huh?? entah r..politik semua tu..malas aku nak amik tau..

Ayam: bro, ko tau x sape yang menang kat kawasan kita pilihan raya ari tu???
Panda: mane aku tau..ko ingat aku nak kesah ke benda-benda nie semua..

Ayam: ko g mengundi x??
Panda: aku daftar pon x..nak undi ape...

ok..di atas adlh cth dialog Ayam Teropong dengan Panda Comel mengenai hal nie..walaupun x le 100% betul kan..tapi nie adalah salah satu cth hakikat yang nyata..(eceh..).. berbalik pada text di perenggan ke-3 di atas.. kenapa aku pelik dengan golongan yang x amik tau pasal politik nihh...

aku pelik sebab diorang macam menutup minda diorang untuk tahu tentang hal dunia yang sangat-sangat penting terutama tentang hal-hal dalam negara sendiri.  diorang macam x nak amik tau tentang pentadbiran negara kita, sape yang memerintah, apa perubahan yang berlaku pada sistem pentadbiran kita dan macam-macam lagi... come on laa, takkan laa kite nak sempitkan pemikiran kite dengan x amik tau langsung pasal benda-benda nie kan...buka sikit minda...tentang hiburan masa kini bole amik tau plak...

selain tu, yang jenis x daftar mengundi dan tak pergi mengundi..takkan laa kite langsung x amik tau sape yang akan tadbir tempat kite kan..sape sebenarnya yang layak dan berwibawa nak tadbir tempat kita, ape kesan baik dan buruk pemimpin tersebut bila tadbir tempat kita... perkara tu semua takkan kite x nak amik tau gak..
sape lagi, nak mentadbir bumi malaysia nie kalau bukan Melayu..(dah mula dahh..rilek2..) ok, mungkin aku agak racist dengan mengatakan melayu... tapi aku hanya bagitau pandangan aku dengan jujurnya.. sorry..


mungkin aku agak terlalu muda untuk bercerita+komen+komplen tentang benda-benda nihh...(ahh..ko Faris citer je lebihh..habuk pon tarakk..) ya, mungkin aku agak muda dan belum cukup ilmu di dada nak story pasal benda nihh...tapi, ini adalah pandangan aku tentang benda-benda nie semua..memang apa yang aku nampak sekarang...

aku bukan nak suruh join politik, join parti-parti yang wujud, aktif gile dengan politik nihh... tak.. aku x suruh join politik secara langsung..tapi cukup sekadar kite tau tentang politik nie secara tidak langsung...cukup sekadar kite tau apa sebenarnya yang berlaku di bumi Malaysia sekarang nie... cukup untuk kite tau tentang tindakan-tindakan yang boleh kite buat pada masa depan...itu saja...

dah cukup panjang aku mengomel... aku minta maaf pada sesape yang baca post aku nihh dan sesape yang x puas ati ke nak komen balik ke nak attack aku balik ke.. bole leave ur comment here... (eceh..) aku post benda nihh kat blog aku sebab ini pandangan aku dan aku nak share benda nie dengan semua orang serta aku post sebab INI BLOG AKU... haha...





Wednesday, August 10, 2011

Gangguan yang tidak boleh dimaafkan

salam semua...
adakah anda pernah diganggu oleh makhluk Allah?? bukan makhluk halus yang menjadi takutan kanak-kanak sehingga takut untuk ke tandas pada malam hari dan sanggup pula mendapat penyakit batu karang hanya disebabkan takut pada makhluk durjana tersebut.. tetapi, makhluk Allah yang bernama manusia, wujud, boleh disentuh, dapat dilihat dengan mata kasar mahupun bole melantak dengan lahapnya ketika berbuka puasa...

gangguan yang biasa dialami sesama manusia ini biasanya tidak berlaku dirumah, tetapi sentiasa berlaku di asrama kolej mahupun universiti serta rumah sewa bagi pelajar-pelajar yang bergelar mahasiswa serta mahasiswi...

setelah cukup panjang intro aku... ikuti kisah dua rakan karib ini iaitu Ayam Teropong dan Panda Comel mengenai masalah-masalah gangguan yang tidak boleh dimaafkan tersebut...

Satu petang yang indah, bersama angin yang sepoi2 language...

Ayam: pehh..muvie time..
(sambil mencucuk kepala wayar usb speaker Gelitech beliau ke dalam lubang jubuq usb laptopnyerr..)

Ayam: citer ape aku nak tgok nihh??? american virgin?? van wilder??? american pie??? aikk?? apesal citer yang berunsur kelucahan level ke 15 plak wujud dalam laptop aku nihh?? ish3..
(Ayam terus tekun mencari selama doblas menet dan akhirnyaa...)
yezz... akhirnya... cuti-cuti cinta.. hahahaha...

(Ayam pon terus menge-play-kan cerita tersebut dan meng-enjoy-kan diri secara berseorangan)

Ayam: hahahahaha... lawak sungguh cerita beliau... hahahaha
(para pembaca boleh membayangkan anda juga sedang menonton movie tersebut serta dapat juga merasai perasaan Ayam Teropong ketika itu..)

tiba-tiba pada minit ke berapa ntah..datanglah seorang makhluk yang sangat terkenal dengan kehuduhan beliau di mata para manusia tetapi sangat terserlah kecomelan beliau dimata panda-panda serta singa laut sesungguhnya...

Panda: oi!! ape yang ko buat wahai sahabatku Ayam Teropong Albukake Gerdebush Bin Serama??

Ayam: eh, Panda Comel yang selalu bajet menjadi casanova kelas bawahan... aku tengah tengok movie... (jawab Ayam dengan perasaan meluat sambil berimaginasi melaksanakan skill Rikishi untuk disedekahkan kepada sahabatnya)

Panda: eh, cerita ape?? best x??

Ayam: cuti-cuti cinta.. bole laa..

Panda: ouwhh..cerita nihh... aku da tengok dahh... xle best sangat... (sambil menggoyang-goyangkan pergelangan tgn beliau menunjukkan tanda jelik dan menyampah)

Ayam: ouwhh yeke???

Panda: iye doe..haa ko tengok pasnie diorng lepak kat pulau lak...

Ayam: ....

Panda: kan betol.. aku da cakap da... citer cmnie..xle best sangat... pasnie mamat nie cakap nasi lemak lima ploh sen plak...

Ayam: err...

Panda: haa..kan betol..skali lagi aku btol... hahahahaha... tengok2... ko nak taw ending die x???

Ayam: hah?? xpe laa...

Panda: xnk taw ke??? xpe aku bagitaw gak...

dan akhirnya kesabaran Ayam Teropong telah sampai ketahap kemuncaknya seperti hero game DOTA yang telah mencecah level 25 dan tidak dapat dihalang keganasan yang wujud dalam diri seekor organisma idop ini..

Ayam: waaaarrrggghhhh!!!!!! idop ko memang x penah nak kasik org senang ke???!!! KO MEMANG NAK MAMPOS!!!!!

-the end-

Sunday, August 7, 2011

mona fendi vs kerat 15

salam semua..
entry nie sbnarnyerr wujud apabila aku tertgok berita kat tv td, pasal mayat kene potong nihh... so, idea tibe-tibe wujud apebila pmbce berite tu sebut mona fendy dlm berite tu..dan muncul laa mona fendy dalam palotak aku yg x brape nak genius nihh...haha
mona fendi...satu nama yang tidak asing lagi dalam sejarah jenayah malaysia... haha... (ayat gud gud lakk aii..).. mungkin ade di antare kite yg x kenal mona fendi tu sape... xpe..korang bole google mcm biasa lahh...

mona fendi sgt pemes pd era tahun 90-an.. berbekalkan ilmu bomoh yang expert bersama suami beliau serta juga dibantu oleh sorg pembantu lelaki, mereka telah berjaya membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Mohd Mazlan Idris...


mona fendi bersama geng-geng die telah memotong mayat mangsa kepada 18 bahagian dan telah menanam mayat tersebut ke dalam lubang sedalam 1.8 meter... kejam bukan... hehe...tapi itulah hakikatnya...
mona fendi telah ditangkap bersama geng-geng nyerr dan telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati..(ye laa, xkn gantung x mati2 kan..adeshh) dan ayat terakhir beliau ialah...

AKU TAKKAN MATI!!!




ok..itu baru kisah secara kasar nye tentang mona fendi..the best killer kat malaysia sblom kes kerat 15 nihh start (sebenarnyerr lebih 15..)... haha... sukesukehatiaku je bg name kes kerat 15... haha...

pembunuhan nie berlaku kat Blok Charyssa, Pangsapuri Astaria di Taman Kosas.. hasil siasatan penduduk ( sebenarnyerr pemeriksaan..) terhadap unit kediaman yg tidak berpenghuni selama 10 tahun setelah tidak tahan dengan bau busuk yang muncul secara tiba-tiba telah menemui sebelah kaki kiri yang disangkakan anak patung...
haha..lotih den jadik skema aihh....

menerusi berita yang aku follow kat tv3 dekat dihati tadi... polis juga telah menemui organ manusia dalam mangkuk tandas... selain itu, tubuh badan mangsa juga telah dipotong dan dibungkus didalam plastik serta disorokkan di atas siling... polis juga menemui mayat kanak2 bersama-sama dengan mangsa yang telah dipotong-potong itu... sangat-sangat laa kejam...
(ayat aku trase skema...hahahaha...)

so begitulah compare antara dua kes pembunuhan secara kasar dan simple nyerr... papehal utk lebih detail..korng carik laa sendiri yerr... kui3...
mona fendy potong dan tanam...
kes yg baru nihh..potong, kluarkn organ, msok dalam plastik... nyorokkan...
dan, kes yg terbaru ni adalah kes yang paling kejam selepas mona fendy...

well, manusia semakin kejam... apabila nafsu menguasai, akal x dapat dikawal... inilah pengakhirannya.. eceh...

Saturday, August 6, 2011

pusing-pusing..

hahahahaha...
tadi aku berjalan-jalan membaca blog orang laen...pastu ternampak plak menatang pusing2 nihh...
dengan sesedap oren nye aku tekan..dan..ini lah hasilnya...
hasil yang menambah bagai blog aku...walaupun blog aku nie huduh tahap gaban..kui3





hahaha... bez btol laa... kah3...

Thursday, August 4, 2011

idea oh idea...

ya~~haa... haha... ye entry kali nie berkisar idea...bkn idea org laen, bkn idea jiran seblah umah aku mahupon idea kucing peliharaan aku yang comel uh..tapi idea aku sendiri....

antara sebab aku jarang gila+babeng meng-update blog nihh pon sebab idea... haha
xde idea aku nak menulis... tambah lagi dengan internet u aku yang gila khinzir lembab uh..
membuatkan nafsu syahwat aku nak ber-blogging nihh menurun dengan mendadak seperti org tua nk wat projek ngn bininyer yg umur 60 tahun uh... muhahaha (gila lucah aku...)

tapi sejak aku balik bercuti nihh.. ditambah dengan bulan puasa yang telah menjelma nihh..(ecehh~~) bile aku bangun nak melantak sahur je..time melantak tu laa idea aku mencurah2 nak menulis.. adeshh.... aku pon x pahm laa... siap dtg
ngn paakej ayat2 dramatis lagi.. ish3...

tapi bile habis makan je..sume ilang..alamak aii....
moga2..idea aku selalu laa ade.. ahakx~~ adios...

janaan idea..bzzztt~~bzzzttt~~



ting!!


Tuesday, August 2, 2011

sahur...

pagi tadi aku punye 2nd sahur dlm bulan puasa nihh...memang mantap lahh... aku rase 3 ke 5 kali kot mak aku kejut surh bangun g sahur...ngantok gile beb... tapi demi makanan aku gagahkn jua kudratku menuju ke dapur dan duduk dimeja makan..ehh, bkn dudk atas kerusi di meja makan.. hehe...


wlwpon lauk pagi tadi x semewah lauk pagi semalam..tapi mcm biasa.. aku melantak dengan lahapnyerr... aku x ingat berape kali aku tambah..tapi aku rase dalam palotak mak aku mesti die ingat aku ade bela jin kot.. bwahahaha...

tapi, nak wat camne... da makanan dpn mata..aku telan kasik hbez sume... haha...cukup sebln aku camnie... bkn stakat adibah noor, kuman ngn kumin tu pon tunduk respek ngn kebesaran bdn aku.. muhahahaha....





hahaha.... gambar di atas xde kne mengena ngn entry di atas..aku rembat kat google gak..kih3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...