Wednesday, September 21, 2011

Perlu ke Couple Ketika Belajar....??

 Salam semua…

Couple… satu topik yang aku tak berapa minat nak tulis, sebab dah biasa dan agak basi.. tapi, malam ini, secara tiba-tiba dengan selamba badaknya aku tulis juga tentang topik couple nih… untuk lagi jelas, maksud couple dalam entry aku nih adalah, berkasih sayang antara sesama manusia sambil mencurahkan rasa cinta yang berbuku dalam diri terhadap pasangannya… (walaweii…sehmat giler definisi aku..haha)

konsep couple dalam entry aku kali nih, adalah konsep couple antara muda-mudi yang masih belajar macam aku, start diorang bergelar remaja yang menyarung baju putih hijau dan putih biru sampailah diorang yang pergi ke bangunan akademik dengan memakai t-shirt dan jeans saja…

Aku pernah merasai betapa nikmatnya couple dan juga merasai betapa bengangnya break  dengan awek.. kalau aku tak ada experience macam tu, aku tak kan menulis disini…hehe… memang best couple, tapi dalam kepala aku sentiasa fikir, adakah kita couple2 nih, betul-betul sampai kahwin?? Ke habis belajar, putus terus??? Di sini timbul persoalan… di sini jugalah bermulanya persoalan yang menunjukkan anda seorang yang serius atau tidak dalam sesuatu perhubungan…

Chat kat fb, telefon awek/balak, belanja awek/balak macam-macam, dating sana sini dan macam-macam lagi… semua ni memang standard orang ber-couple especially remaja macam aku nih, bukan aku nak condemn ke jealous ke tak puas hati ke hape.. tak kisah sebenarnya pun, cuma bila benda ni berlaku kat depan mata, tak kisah lah diri sendiri or orang lain, mesti aku terfikir benda-benda yang kita buat masa kita couple nih boleh bertahan sampai kita kahwin ke?? Kekal ke kita dengan pasangan sampai kahwin?? Sampai ada anak, cucu?? Sampai mati?? Terutama time kita couple waktu tengah belajar nih…

kadang-kadang tu terfikir juga pasal manusia yang asyik bertukar-tukar pasangan nih.. maybe, tempat baru orang baru, intake baru orang baru..part ni aku tak berapa kisah sangat, Cuma yang memusykilkan aku ialah, hari ni putus, hari ni juga lah couple dengan orang lain… tak kan lah kesunyian sampai tahap macam tu sekali… umur masih muda, enjoy your life laa kawan… dah macam hidup ni perlukan teman mahram semata-mata je.. mana pergi mak,ayah, abang,adik,family, kawan-kawan semua tu?? Apa guna diorang…??

persoalan disini, perlu ke kita couple time belajar?? Dan aku menjawab tak perlu kot… sebab, banyak lagi benda kita boleh buat selain daripada melayan perasaan cintan dengan orang lain yang belum tentu kekal sampai bila-bila… lebih baik kahwin daripada couple lama-lama, sebab bila dah jadik laki bini gaduh2 pun tak kan nak mintak cerai ye dak?? Kalau couple, anytime boleh putus…  haa, kat situ kita boleh berfikir secara tak professionalnya..hehe

well, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza tentang couple nih..lain orang lain caranya, ye dak?? Maybe apa yang aku bebelkan dalam entry tak berapa betul dan mungkin hanya sebahagian saja yang jadik macam nih, tapi kebiasaannya inilah yang berlaku… ini, pendapat aku, dan kemungkinan besar mungkin pendapat aku akan berubah pada masa akan datang mengikut keadaan dan suasana.. bukan sebab aku tiada pendirian, tapi otak dan pemikiran manusia sentiasa berkembang dan berfikir serta boleh berubah cara berfikir dari semasa ke semasa…ini adalah pendapat aku berdasarkan apa yang aku Nampak dan rasa melalui pandangan empat mata aku..tak salah ber-couple, Cuma adakah ketika ber-couple kita meletakkan soalan-soalan diatas dan berfikir..???







Monday, September 19, 2011

Tegur Menegur Amalan Mulia...

Salam semua...

entry kali ni tentang tegur-menegur di kalangan manusia sejagat... entry kali ni bukan untuk meng-explain cara menegur member yang terserempak di tepi jalan mahupun menegur jiran sebelah, tapi maksud menegur disini adalah menegur orang yang seperti melakukan kesalahan...

ok untuk lebih jelas, aku akan story sikit ape yang berlaku sebenarnya..jeng jeng jeng...

Minggu orientasi memang akan berlaku kepada semua makhluk bernama mahasiswa yang baru menjejakkan kaki ke bumi yang bernama universiti... walaupun aku dah memang sah terang-tang tang lulusan asasi universiti tu, tapi, orientasi tetap orientasi beb... dan aku mengikuti program yang sangat dibenci oleh semua makhluk spesies aku dengan hati yang sangat tenang,setenang air yang terjun daripada air terjun...( kejadah nye aku tulis nihh...??)

orientasi dan orientasi...dan sampailah pada satu program aktiviti berkumpulan yang memerlukan semua student memakai pakaaian Game Order atau lebih dikenali sebagai baju sukan... seperti biasa, t-shirt orientasi memang sama untuk semua orang, tak ada yang lebih tak ada yang kurang...yang beza cuma size saja... dan seperti biasa juga, kalau dah namanya wanita, hand socks tu menjadi isu..ada yang pakai ada juga yang tak pakai, ada yang pakai tapi ketat...

ok, disinilah bermulanya proses tegur-menegur yang membuatkan aku berfikir 2,3,4 mahupun 5 kali tentang hal ini... perempuan dan aurat memang satu isu yang sangat sensitif.. aku malas nak story pasal benda ni sangat dalam hal ni, cuma nak story pasal, bagaimana seorang wanita yang di kategorikan senior menegur junior beliau tentang isu handsocks dan aurat disini...

seorang senior wanita berdiri dihadapan dewan, memberi salam dan terus berucap menggunakan mikrofon yang disediakan... dengan mengatakan; "korang yang perempuan nih, kenapa ada yang tak pakai handsocks?? korang tak tau ke lengan korang tu salah satu aurat?? yang pakai handsocks pulak, jangan laa pakai yang ketat-ketat, kita nak menutup aurat bukan nak membalut aurat..." ok, macam tu laa lebih kurang senior wanita itu menegur semua junior wanita di hadapan semua orang termasuk lelaki dan perempuan...

niat senior tu memang baik, memang bagus kerana menegur tentang kesalahan yang mungkin tak disedari orang lain...tapi, di sini aku terus berfikir...kenapa mesti dia menegur secara terbuka di waktu yang ada lelaki dan wanita dalam satu tempat?? kenapa tidak mengambil masa yang lain yang hanya ada wanita sahaja untuk menegur tentang perkara tersebut??? adakah dia tidak berfikir tentang perasaan wanita yang 'terasa' dengan teguran dia dan berasa malu dengan kaum lelaki yang wujud dalam dewan tu.. pernah dia terfikir??? atau kita sendiri terfikir tentang perkara ni??

mungkin ada sesetengah wanita akan attack aku, tentang isu ni pun aku nak dijadikan cerita...tapi, aku disini menceritakan tentang profesionalisme anda tentang menegur orang lain, terutamanya dalam satu majlis yang rasmi... dan juga tentang menjaga hati dan perasaan orang lain. bukan hanya main hembus saja... 

setiap wanita mempunyai perangai dan lifestyle yang berlainan..ada yang boleh terima teguran secara terbuka, ada yang akan memberontak dan ada juga yang akan mencari balik kesalahan orang yang menegur dia... jadi, tegurlah secara profesional...

oleh yang demikian, entry ini adalah pandangan dari kacamata empat mata aku... 



Sunday, September 4, 2011

Rokok... Di Sebalik Kebaikannya...


Salam semua...
rokok.. kalau kita tengok atau baca kat mana-mana media sama ada media cetak mahupun elektronik, mesti semua cerita tentang keburukan rokok... tak ada yang baik-baik, nak buruk aje... tapi, kita tau ke kebaikan di sebalik rokok ni??? walaupun aku bukan perokok, tapi aku tak kan sesekali menidakkan serta mendiskriminasikan bangsa perokok nihh... hahaha

tak payah cerita banyak.. ni antara kebaikan rokok...

1) Macho + Cool + .....

Melalui rokok anda boleh meningkatkan martabat anda untuk menjadi lebih macho, cool, bergaya dan sewaktu dengannya... lepak kat bistro cafe sambil layan air segelas RM10, usha manusia kat kaki lima depan Times Square, letak rokok kat mulut sambil pasang lighter dan bakar hujung rokok... terasa diri sangat angkuh dan berlagak ketika itu... dapat anda bayangkan???

2) Connecting People

haa.. macam iklan Nokia-Connecting People... macam tu jugak laa dengan rokok ni.. walaupun anda tak kenal antara satu sama lain..tapi bila anda berada di dalam cabang dan bidang yang sama dalam jurusan rokok-merokok nihh, anda dapat mengeratkan sillaturrahim sesama insan... tak kisah lah pinjam lighter ke, hisap sepam dua ke, pow rokok orang ke.. semua ni dapat mengeratkan sillaturrahim sesama insan secara automatik dan secara ketidak sengajaannya... serta secara automatiknya, anda dapat ramai kawan tanpa anda sedari..

3) Sangat Kaya

satu Malaysia tau harga rokok mesti naik tiap tahun..tak seringgit, naik laa seposen.. dan rokok-rokok yang menjadi idaman kalbu serta peymes di kalangan perokok macam Dunhill, Winston dan sebagainya mesti agak mahal sampai bole makan nasi ayam dua set.. kalau mengikut logik akal yang waras, mahal sebenarnya rokok nihh.. tapi perokok masih boleh membeli rokok dengan selamba dan kerek sampai berkotak-kotak rokok sehari boleh beli... jadi, hal ini menunjukkan perokok-perokok sangat kaya serta boleh menjadikan anda kaya... ahaa..

4) Pandai Berjimat-Cermat

kalau part yang di atas tu memberitahu rokok tu mahal..part di sini memeberitahu anda bahawa dengan rokok anda boleh menjadi seorang yang berjimat cermat.. disebabkan rokok mahal, jadi ramai dikalangan perokok  bertukar menjadi seorang yang sangat berjimat cermat terutama pelajar-pelajar kolej mahupun universiti,.. melalui rokok anda dapat mengurus wang anda berapa ringgit sehari untuk membeli rokok, jadi tiada masalah kewangan di masa akan datang sebab anda sudah cukup berpengalaman dalam arena urus-mengurus wang anda.. jimat cermat amalan mulia.

5) Menghilangkan Tekanan

haa..part yang last ni adalah part yang paling peymes dan sangat efektif untuk semua para perokok... dengan rokok anda dapat menghilangkan segala jenis tekanan kerja, tekanan belajar, tekanan gaduh dengan awek/balak mahupun tekanan ketagihan merokok.. hal ini sangat di akui oleh semua perokok-perokok di luar sana dan anda boleh mencubanya jika mahu...




walaupun terdapat kebaikan di sebalik keburukan merokok...tapi, yang pastinya banyak keburukan rokok ni daripada kebaikan yang ada.. dan keburukan rokok nie telah di akui oleh doktor-doktor seluruh dunia... jadi, fikirlah sebelum melakukan sesuatu..

*AMARAN oleh KERAJAAN MALAYSIA : MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN


*terima kasih kepada Google kerana bagi aku gambar-gamabar ni semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...