Thursday, August 18, 2011

Tips-tips Tekel Awek yang Simple



ok..entry kali nie aku akan bagitau tentang cara-cara tekel awek yang mudah,simple dan berkesan..haha.. hasil daripada kajian aku selama 5 minit sebentar tadi, dapatlah aku mencipta beberapa tips yang kompom power dan menjadik.. haha

1.  Pastikan anda mempunyai wang yang cukup banyak sebelum men-tekel seseorang awek tu... hal ini kerana dalam dunia globalisasi yang semakin maju sekarang, money is everything.. walaupun muka anda langsung tak hensem malahan beruk kat zoo pun sempat ketawakan anda kerana kehuduhan anda, tapi asalkan anda ada duit yang banyak dengan mudahnya awek cair pada anda..
-muka diketepikan duit diutamakan..ingat tu..

2.  Walaupun tips di atas menyatakan muka x penting..tapi, imej dan gaya anda kena lah dijaga.. janganlah bawak muka sememeh nak tekel awek kan..dengan air liur basi lekat kat muka, gigi tak gosok..argghh.. bukan setakat awek, maknyah pun lari bro... tak cool laa kan tekel awek macam tu, so kita kena ada imej yang best sebelum tekel awek tu..pakai laa, tuxedo ke coat ke sweater ke..janji nampak hebat di mata awek yang nak ditekel tu...(jangan pakai lab coat sudah..dah macam professor gila da tuhh..)
-biar huduh, tapi bergaya..kompom ada gaya..

3.  Jangan gunakan ayat-ayat poyo macam ni, "hye, saya rasa awak dah curi hati saya..."  juga macam ini, "saya rasa bidadari syurga berada di depan mata saya" serta ini, "kau umpama bulan yang menerangi malam ku" (huh??ada ke ayat nihh??).. ouwhh wtf.. ayat-ayat zaman batu ni da tak relevan nak guna buat masa sekarang... sekarang zaman dah maju dunia dah berubah, tak kan ada punya awek yang cair dah bila dengar ayat-ayat poyo ni..jadi elakkan menggunakan ayat-ayat seperti ini..
-jangan jadi poyo...

4.  Jangan gelabah bila nak tekel awek..part nie biasanya dihadapi oleh lelaki-lelaki yang baru 1st time nak merasa ada awek.. korang jangan gelabah, korang kena tunjuk kejantanan korang tu..kena sentiasa cool.. kalau korang nampak awek yang korang suka tu lalu depan korang, korang jangan pulak usha dia lama-lama sampai dia blah..jangan buat macam tu...korang kena rilek.. buat macam ni..korang nampak awek tu, and then  pandang dia dalam 5 saat, lepas tu toleh tempat lain n buat bodo..walaupun hati korang nak gak tengok awek tu, tapi kena tahan..rilek... awek tu mesti fikir, 'aku tak cantik ke' 'apesal die buat dunno je'.. ahaa... cara nie jugak boleh digunakan bila korang mula nak berjinak-jinak menjadi kasanova kelas atasan.. haha
-sentiasa cool...

5.  Kalau kita refer part no.3 tadi jangan gunakan ayat-ayat poyo..tapi, gunalah ayat yang style lagi hebat tapi mempunyai maksud yang mendalam..ahaa... contoh ayat dia, "mak aku suka ko lah..ko taknak jadik makwe aku ke??" ahaa...jeng3.. lagi satu contoh, "ko tak rasa ke sepatutnya aku dah berpunya sekarang ni" ahaa... ada banyak lagi ayat-ayat yang best..kat situ lah perempuan dapat hint pasal korang... tapi, diingatkan ayat-ayat seperti ini adalah ketika korang sedang seronok bersembang dengan awek tersebut, tengah gelak-gelak ke hape ke..baru lah menjadi..kalau tak ayat tersebut akan jadik poyo tahap dewa macam ayat kat part no.3 tu..
- sentiasa kreatif

6.  Sentiasa memastikan target korang tak terlepas kat mana-mana lelaki..kalau tak, macam biasa laa.. cari awek lain.. untuk menunjukkan yang korang adalah mempunyai hati yang ikhlas serta suci, sesuci minyak murni sungguh suci sungguh murni..(ahakzz..) korang kena sentiasa keep in touch dengan awek tersebut, stalk facebook die ke, comment semua entry kat blog die ke, sukati la.. tapi jangan jadi orang yang mengganggu hidup dia..senang kata berpada-pada laa.. hal ini untuk memastikan awek tu sentiasa senang dengan kewujudan korang dan suka bila korang ni wujud.. hal nie juga supaya tidak timbul perasaan benci, meluat dan mendoakan kematian korang dalam diri awek tersebut..
- jangan jadik annoying

7.  Cara bagi part ni adalah cara yang biasa disarankan oleh semua orang...iaitu main tarik tali.. menggunakan konsep 'kalau dia ada best, kalau tak ada macam tak bpe best plak' ahaa.. konsep nie boleh digunakan bila anda dah betul-betul rapat dengan awek tersebut..lau setakat baru nak usha-usha 2,3 hari tu..memang orang cakap ko syok sendiri laa...
- tarik tali tapi jangan lepas

8.  Jangan poyo sangat minta number fon kat awek tu, padahal baru sembang 5 minit... hal nie untuk mengelakkan 1st impression awek tu terhadap korang bahawa korang nie desperate nak ade awek, desperate gile nak kapel... sangat bahaya part nih.. korang kena sentiasa cool, rilek, jangan gelabah... sentiasa sabar..biarkan awek tu sendiri yang bagi no fon kat korang..(ahakzz..) kalau nak sangat no fon tu, gune lah ayat-ayat kaverline seperti yang di atas td..
- sentiasa cool lagi skali...

9.  usaha tangga kejayaan...cool diutamakan coverline didahulukan...haha...(bodo..ngarot je aku...)

10. jadilah diri sendiri...lagi bagus daripada terikut-ikut orang lain...

begitulah dia cara-cara tekel awek yang mungkin berkesan tuan-tuan dan puan-puan sekalian...
apa-apa hal pun..risiko ditanggung sendiri... selamat menekel...


~sekian~

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...