Monday, August 22, 2011

Konsep "I Follow U, U Follow Me"... Rasional atau Tidak???



Salam semua...
entry kali nie tentang konsep "I Follow U, U Follow Me" yang sangat fofular dalam kalangan bloggers-bloggers seluruh dunia secara amnya dan sangat peymes juga dalam kalangan bloggers-bloggers seluruh Malaysia khususnya...(jahanam bahasa aku...ceitt..) 

mungkin aku terlalu baru dalam dunia blogging ni dan secara kasarnya aku mungkin tak layak nak komen pasal benda yang fofular nihh... tapi, disebabkan ada member aku yang bagitau aku, 'typo is not a crime lorr' serta blogger-blogger yang sentiasa tulis kat blog diorang, 'blog aku, aku punya suka laa' (fak gile ayat...) aku tetap menulis pasal benda ni gak... tapi yang sebenar-benarnya adalah..ini adalah pendapat aku sendiri...

aku tau memang dah ramai dah blogger citer pasal "I Follow U, U Follow Me" nih.. ada yang tak suka dengan konsep nih, ada gak yang mempertahankan konsep ni gak... lain orang lain cara, ye dakk?? so, di sini kita akan tengok,lihat dan teliti dua jenis blogger yang berbeza pendapat tentang konsep nihh... (power siot ayat aku..haha)



Group yang bersetuju dengan konsep ni
ok, group nie adalah dimana mereka yang sangat bersetuju dengan konsep "I Follow U, U Follow Me"... sifat-sifat mereka yang boleh kita nampak macam,biasanya kalau diorang ping blog kat satu group, mesti ada ayat 'Follow me, I will follow u bek'..ok, baru satu sifat..

sifat seterusnya,biasanya bila bukak blog diorang, follower ramai gila babeng ahh..mau main ratus-ratus tu...(aku berani cakap camni, sebab follower aku sikit..haha) lepas tu biasanya sesetengah blog akan ada widget kartun kiri kanan yang yang suruh readers follow blog diorang... sifat lain pulak,biasanya diorang nie akan sentiasa meninggalkan jejak kat shoutbox blog lain dengan ayat yang sama gak, 'follow my blog'..

mengenai entry bagi blog group ini...aku tak berani nak komen sangat, sebab aku masih lagi baru, dan aku masih belajar lagi ape itu blogging... so, korang boleh nilai sendiri bila korang blogwalking kat blog group macam ni... pendapat aku, entry diorang ada best dan ada jugak yang tak best..tapi biasanya aku nampak diorang banyak join segment-segment merapatkan hubungan sillaturrahim sesama bloggers laa... hehe...

apa yang aku bagitau di atas nih, tak semua blogger group nie macam tu... mungkin diorang mempunyai sifat yang lain daripada kat atas tu..(perasan tak aku banyak guna perkataan biasanya..haha)



Group yang tak bersetuju langsung dengan konsep ni
group ni tidak mengamalkan langsung konsep "I Follow U, U Follow Me" dalam diri diorang...berbeza dengan group first tadi, bila diorang ping blog, diorang tak mengeluarkan ayat di atas langsung...hanyalah menerbitkan ayat-ayat dramatis yang suruh orang baca blog dia...

seterusnya, kalau jenis newbie macam aku tu, follower memang tak boleh la cucuk jumlah follower group tadi tu..tapi biasanya yang blogger-blogger lama follower memang ramai... paling best pasal blog group ni adalah dalam banyak-banyak entry diorang akan ada satu entry tentang konsep follow meng-follow ni.. diorang akan kritik sehabis-habis nya tentang konsep ni, sebab bagi diorng konsep nie adalah rubbish sebab konsep ni hanya untuk meningkatkan follower, bukan nak meningkatkan mutu kualiti sesuatu entry...

so,diatas itu adalah sedikit sebanyak tentang survey yang aku buat...


pendapat aku tentang benda nie, konsep follow meng-follow ni sebenarnya ok..tapi cuma satu persoalan, adakah follower yang follow blog kita tu, betul-betul follow blog kita ataupun hanya menjaga hati kita sebab kita suruh dia follow blog kita??? takpun, adakah kita betul-betul yakin trafik akan sentiasa konsisten bila ramai orang follow blog kita?? (mungkin..???) dan lagi satu, adakah follower tersebut menghargai apa yang kita post kat entry tiap-tiap bulan??? dan lagi satu jugak, adakah mutu kualiti entry kita cukup bagus nak suruh orang lain follow blog kita???
(cilake..nie bukan satu soalan..ni banyak soalan ni...)

aku bukan nak kondem orang yang guna konsep ni, bagi aku, ni satu strategi diorang nak kasik naikkan trafik dalam blog diorang dan suruh orang lain baca.. tapi, bagi aku lebih baik bersabar tentang hal follower ni... bagi aku, kualiti entry tu lagi penting daripada join segment macam-macam suruh orang follow sana-sini tapi entry tak best... aku tau entry aku tak best..tapi aku masih belajar..dan aku juga manusia yang boleh beza, mana satu best mana satu tak best...(hehe...)

secara jujurnya..aku tak penah guna konsep ni dan tak berminat dengan konsep ni walaupun dalam hati aku jelez gila babeng dengan blog-blog yang baru post 5, 6 entry tapi dah ade berpuluh-puluh follower... entry diorang best kot... dan aku juga sangat bersetuju dengan pendapat blogger dari group kedua di atas tu..
-lebih baik mengejar pembaca yang menghargai penulisan kita, daripada mengejar follower yang tak pernah baca penulisan kita...

btw, nie semua adalah pendapat aku...dan aku minta maaf jika ada yang tersinggung...(ayat budak baik..hehe)
dan terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa anda di sini dan terima kasih jua kepada sesiapa yang follow, aku amat menghargai... :-)







2 comments:

  1. alu segan org follow blog aku weh..aku tak pernah mengeluarkan ayat ''follow me,i follow u back''..kalo dorg suke dorg follow..lagipon blog aku bukannye best ke nak difollow..sekadar mengarot tak tentu pasal..haha

    ReplyDelete
  2. hahaha... ok r.. at least bukan setakat follow je.. bace skali... go budak kapal..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...