Saturday, August 20, 2011

Cerita di Subuh hari



Tepat jam 1.00 pagi..setelah menonton cerita Bujang Sepah episod yang keberapa ntah di astro prima yang setiap kali meninggikan nada volume bila nak iklan..aku masuk ke bilik dan meng-on kan laptop acer yang telah banyak berbakti serta menyusahkan aku itu... online...online dan terus online... tiada apa yang boleh aku buat dalam musim percutian aku yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi...

aku menumpukan segala perhatian aku pada laptop aku tanpa memikirkan kesan radiasi yang akan berlaku pada mata aku yang sedia rabun ni.. blogwalking, blogjogging malahan aku juga ber-blogrunning dalam alam maya ini... online dan terus online sehingga tidak sedar sudah pukul 4.00 pagi..hmm...aku sentiasa tenang dengan keadaan tersebut...

dengan penuh rasa rendah diri aku bangun pergi ke depan bilik mak aku dan ketuk pintu bilik mak aku untuk mengejutkan beliau... aku tau aku seorang anak yang baik...terasa ketakburan memusat dalam diri aku ketika itu...selesai melunaskan perasaan bongkak dan riak tersebut, aku kembali ke depan laptop aku dan menyambung aktiviti kurang sihat aku ini...online dan terus online...

selang beberapa minit...mak aku memanggil aku untuk makan sahur...aku bangun dan pergi makan dengan lahapnya tanpa memikirkan keadaan sekeliling... sesudah makan umpama dirasuk hantu raya aku terus menyambung aktiviti aku tadi...online dan terus online...

azan subuh berkumandang...nampaknya, aku terpaksa meng-postpone-kan aktiviti korek idung yang nikmat ini sehingga waktu berbuka karang... selepas 5 minit azan subuh berlalu..aku segera pergi ke bilik air dan mengambil wuduk..aku membentangkan sejadah terus solat seperti mana yang diajarkan oleh syarak..

ketika solat aku terasa betis di kedua belah kaki aku terasa sejuk sesejuk ais kerim mat kool yang belum dijilat oleh mana-mana kanak-kanak yang masih tidak tau apa itu hingus dan apa itu kain lap... aku solat dan terasa bulu kaki aku tegak mencanak semacam... sejuk...pelik..aku sungguh pelik...

selesai solat aku mengangkat tangan untuk berdoa... selessai aku menyapu kedua tapak tangan aku ke muka aku...aku terpandang sesuatu yang sangat aku kenali... dua kepala lutut yang sangat sexy yang boleh membuatkan ramai wanita-wanita baik yang remaja mahupun yang dewasa di luar sana terpikat dengan keseksian lutut aku itu... aku terpikir, macam mana lutut aku bole menonjolkan diri ketika ini... apabila aku bangun rupa-rupanya aku solat dengan memakai seluar pendek... terasa kebangangan aku terserlah dengan mendadak... adeshh.. macam mana boleh tak perasan nihh... aku segera mengambil kain dan solat semula...

begitulah kisah aku di waktu subuh yang indah...saja nak buat cerita panjang-panjang... kebosana melanda diri... terima kasih kerana sudi membaca...


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...