Tuesday, July 10, 2012

Mak Cik Jual Tisu

Salam semua...
Kini aku kembali lagi...

Teringat ketika aku sedang melantak dengan lahapnya bersama dengan seorang rakan aku di gerai yang bajet food court di downtown Cheras yang terkenal di kalangan seluruh rakyat di sekitar key hell...

Ketika sedang mengunyah, tiba-tiba datang seorang makcik buta bersama seorang wanita tak buta ke meja aku sambil menghulur tisu dengan niat tersurat mahu menjual tisu tersebut disertai dengan niat tersirat untuk mendapatkan belas ehsan daripada aku...

Aku tercengang sambil berpura-pura meraba-raba poket seluar aku dan dengan penuh sopan dan santun aku mengatakan "takpe2".  Ya, mungkin aku agak kedekut disitu, tapi, aku telah membeli tisu tersebut daripada penjual lain yang mempunyai motif operandi yang sama seperti makcik dan wanita ini, jadi timbullah  perasaan kedekut ketika itu... ya, aku sangat jahat...

Setelah makcik dan wanita yang memimpin makcik itu berpaling ke meja lain, aku terpandang dan terperasan rambut wanita yang memimpin makcik tersebut... rambut tu berwarna perang..ya, pay-rang...
Berfikir sejenak di kepala otak aku yang genius nihh, apa yang berlaku?? ke aku hanya berimaginasi?? ataupun perkara ini memang perkara biasa?? aku taktau, dan terus mengunyah...

Gambar Ehsan Dari Google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...