Wednesday, July 11, 2012

Facebook dan Aku

Salam semua...

Kali ni aku kembali bercuti lagi... cuti yang bole dikategorikan cukup lama untuk pelajar yang menuntut di universiti aku yang terkenal dengan universiti yang tidak memiliki cuti itu...

Seperti biasa, perkara pertama bila aku bangun tidur adalah buka mata... dan seterusnya melakukan kerja-kerja seharian.. ya, kerja seharian.. makan, main permainan komputer, tido dan facebook.. facebook??

Facebook, pertama kali aku mengenal facebook ketika tamatnya persekolahan aku.. seperti biasa, aku hanya beranggapan facebook hanya seperti laman sosial yang lain seperti friendster yang loser dan myspace yang sentiasa menampilkan wanita-wanita seksi...

Tetapi, evolusi facebook telah menyebabkan fungsinya lebih daripada itu... Facebook lebih menjadi tempat meluahkan perasaan terutamanya kepada wanita-wanita yang dahagakan belaian kasih sayang daripada seorang insan yang berlawanan dengan jantinanya tidak kurang juga yang sesama jantina...

Facebook juga bukan lagi tempat untuk berkenal-kenalan dengan rakan yang baru kerana apabila aku menegur seseorang wanita di dalam friends list aku, sering kali teguran aku disambut dengan hambar tanpa ada perasaan girang sekalipun, malahan lagi teruk teguran aku tidak berbalas.. (ciss..forever alone) 

Nampaknya, aku perlu beralih ke laman sosial yang baru... hmmm.... 

Ehsan Google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...